Other Media Clipping

  • 02 May 2013
    OTHERS
  • 29 April 2013
    PRESS NOTICE
  • 28 February 2013
    KDEB allowed to take over water concessionaire companies for RM9.65b
  • 28 February 2013
    The Selangor Government
  • 28 February 2013
    Slgr KDEB Sgor Of
  • 09 August 2012
    Selangor Sambut Baik Pusat Setuju Penstrukturan Semula Industri Air
  • 08 August 2012
    UPEN Sahkan Selangor Mampu Hasilkan Air Terawat BY NORHAYATI
  • 05 June 2012
    S'gor saves RM120m in waste handling
  • 04 June 2012
    MB Selangor Handed
  • 04 June 2012
    MB Selangor Handed

More Archives

YM Raja Idris Raja Kamaruddin Dilantik Sebagai Perunding Eksekutif Dan Penasihat KDEB
Selangor Kini - Tuesday, 12 April 2011


                                        Click to see enlarged version

SHAH ALAM 12 April -
Kerajaan Negeri Selangor melantik ahli korporat terkenal, YM Raja Idris Raja Kamaruddin sebagai Perunding Eksekutif dan Penasihat untuk Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan anak-anak syarikatnya, umum Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini hari ini.

Menurut Tan Sri Khalid perlantikan ini dibuat selepas berunding dengan DYMM Sultan Selangor yang juga berkenan dengan perlantikan YM Raja Idris Raja Kamaruddin.

"Pelantikan YM Raja Idris dibuat melalui Menteri Besar Incorporated (MBI) dan berkuatkuasa pada 5 April 2011.  Beliau bertanggungjawab memantau dan mengawasi urusan perniagaan KDEB dan anak-anak syarikatnya.

"YM Raja Idris menggantikan Datuk Abdul Karim Munisar yang meletak jawatan.  Pelantikan ini juga melayakkan beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah KDEB dan Pengerusi semua anak-anak syarikat," katanya.

YM Raja Idris adalah ahli The Institute of Bankers, UK dan The Institute for the Management of Information Systems, UK.  Beliau juga adalah perunding kepada Rototype International, UK, Significant Technologies Sdn Bhd dan Markfield Institute Higher Education, Leicestershire.

YM Raja Idris pernah memegang beberapa jawatan penting dibeberapa syarikat antaranya Pengarah Urusan Kumpulan TDM Berhad, dan Naib Presiden Rangkaian Komunikasi dan Maklumat Siemens Malaysia.

"Kerajaan Negeri komited untuk memastikan bahawa semua anak-anak syarikat diurus secara profesional dengan menekankan kepada ketelusan dan kebertanggungjawaban selaras dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor," katanya.

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

  • About KDEB
    • Introduction
    • Vision & Mission
    • Corporate Profile
    • Corporate Structure
    • Board of Directors
    • Senior Management
  • Investment Opportunity
  • CSR
    • Environment Care
    • Community Programme
  • Media
    • Media Clippings
  • Contact Us
  • Webmail




Visit Official Website
Selangor State Government
Copyright © Kumpulan Darul Ehsan Berhad [KDEB]. All Rights Reserved. Terms & Conditions | Sitemap